The Step - Every Story Moves You

Aina Abdul sebak lihat kerja keras Siti Nurhaliza

Aina Abdul tersentuh apabila mengenangkan usaha keras Siti untuk menjayakan konsert Gema Bumantara

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan19 Oktober 2026 pada 08:46 PG1 min bacaanDikemas kini 19 Oktober 2026 pada 08:49 PG
Aina Abdul tersentuh apabila mengenangkan usaha keras Siti untuk menjayakan konsert Gema Bumantara

Aina Abdul tersentuh apabila mengenangkan usaha keras Siti untuk menjayakan konsert Gema Bumantara

PENYANYI Aina Abdul, mengakui sebak ketika menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu baru-baru ini.

Aina berkata, air matanya bergenang ketika duduk diam menikmati persembahan itu bukan kerana tidak terhibur, sebaliknya tersentuh apabila mengenangkan usaha keras Siti untuk menjayakan konsert berkenaan.

Menurutnya, dia dan penonton lain menikmati setiap detik persembahan yang mengangkat keindahan muzik tradisional Nusantara itu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aina turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen Siti dalam memastikan konsert berkenaan berlangsung dengan jayanya.

"Kak Iti, you did so well. Ada momen Aina bergenang air mata, duduk diam. Bukan sebab tak enjoy, kami semua sangat enjoy! Tapi sebab dapat rasa how much you’ve worked sooooo hard untuk konsert ini. Sebak," katanya.

Dalam masa sama, Aina menyifatkan hujan renyai-renyai yang membasahi lokasi konsert tidak menjejaskan kemeriahan acara, malah menjadikan pengalaman menyaksikan persembahan itu lebih bermakna dan sukar dilupakan.

"Walaupun berhujan manja-manja, somehow it made the experience lagiiii memorable! Thank you for last night," katanya.

Aina turut merakamkan ucapan tahniah kepada Siti serta pengurusnya, Rozi Abd Razak dan seluruh tenaga kerja yang menjayakan Konsert Tradisional Gema Bumantara.

Konsert yang menghimpunkan 73,000 penonton itu menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi  Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com