FM2TW bawa pelabur UAE bangunkan hospital pelancongan di Malaysia
Antara projek utama yang bakal diberi perhatian ialah pembangunan sebuah hospital berkonsep pelancongan kesihatan menerusi kerjasama dengan rakan pelabur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

![[13/11, 2:19 pm] Kak Napsiah: Bersama Pengarah Tourism Malaysia bagi pasaran Arab Saudi di Jeddah, Zaidi Kassim ( berdiri tiga dari kanan ) [13/11, 2:20 pm] Kak Napsiah: Dato' Dr. Zairita Azlin bersama insan di sebalik kejayaan cemerlang beliau dan FM2TW, Tuan Hj. Mulyadi Bemban yang juga suami tercinta ( Berdiri dua dari kanan ), Heintje Nazaruddin, Pengarah Event FM2TW ( Berdiri paling kanan ), Abu Bakar Yahya @ ABY ( Berdiri dua dari kiri ) serta Mohd. Azrai, Director of operation & Administration FM2TW ( Berdiri Paling Kiri ).](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fhxroq6bpzu9hksv1.public.blob.vercel-storage.com%2F98241.webp&w=3840&q=75)
Zairita Azlin bersama Pengarah Tourism Malaysia bagi pasaran Arab Saudi di Jeddah, Zaidi Kassim ( berdiri tiga dari kanan )
USAHA membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia membuahkan hasil apabila inisiatif From Malaysia To The World (FM2TW), di bawah Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd., berjaya menarik minat pelabur dari tiga negara Asia Barat untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam pelbagai sektor.
Antara projek utama yang bakal diberi perhatian ialah pembangunan sebuah hospital berkonsep pelancongan kesihatan menerusi kerjasama dengan rakan pelabur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Presiden FM2TW, Datuk Dr. Zairita Azlin berkata, hospital berkenaan dirancang dengan konsep tersendiri yang menawarkan kelainan berbanding fasiliti kesihatan sedia ada di negara ini.
Menurutnya, kejayaan membawa masuk pelabur sebagai rakan strategik itu merupakan satu perkembangan positif memandangkan Malaysia mempunyai potensi besar untuk diperkukuh sebagai destinasi pelancongan kesihatan bertaraf antarabangsa.
“Kami berjaya bawa pelabur sebagai rakan strategik untuk satu projek yang kami rasa Malaysia memerlukan iaitu hospital pelancongan,” katanya ketika ditemui sekembalinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
![[13/11, 2:19 pm] Kak Napsiah: Bersama Pengarah Tourism Malaysia bagi pasaran Arab Saudi di Jeddah, Zaidi Kassim ( berdiri tiga dari kanan ) [13/11, 2:20 pm] Kak Napsiah: Dato' Dr. Zairita Azlin bersama insan di sebalik kejayaan cemerlang beliau dan FM2TW, Tuan Hj. Mulyadi Bemban yang juga suami tercinta ( Berdiri dua dari kanan ), Heintje Nazaruddin, Pengarah Event FM2TW ( Berdiri paling kanan ), Abu Bakar Yahya @ ABY ( Berdiri dua dari kiri ) serta Mohd. Azrai, Director of operation & Administration FM2TW ( Berdiri Paling Kiri ).](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fhxroq6bpzu9hksv1.public.blob.vercel-storage.com%2F98240.webp&w=3840&q=75)
Selain pembangunan hospital, FM2TW turut mencatat perkembangan positif menerusi jalinan kerjasama dengan dua lagi negara di rantau Teluk, khususnya dalam sektor perkhidmatan haji dan umrah.
Zairita berkata, pihaknya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan program haji dan umrah untuk musim akan datang, sekali gus membuka ruang kepada hubungan kerjasama secara langsung dengan rakan strategik di negara berkenaan.
“Kami berbangga apabila berjaya mendapat hubungan terus dengan mereka dan telah menandatangani MoU,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, delegasi FM2TW turut mengadakan kunjungan ke Mesir bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor pelancongan dan perdagangan.
Sepanjang berada di negara itu, delegasi berkenaan mengadakan pertemuan dengan Tourism Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Kaherah serta Kedutaan Besar Malaysia bagi membincangkan potensi kolaborasi dan peluang pasaran untuk syarikat tempatan.
Malah, di Pejabat Tourism Jeddah turut menyatakan sokongan terhadap usaha berkenaan dengan mengundang FM2TW menyertai sebuah ekspo pelancongan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Menurut Zairita, siri kunjungan dan rundingan itu membuka lembaran baharu dalam usaha menarik pelaburan asing, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi berpotensi bagi sektor kesihatan, pelancongan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata, misi ke Asia Barat itu merupakan pendekatan pertama FM2TW dalam memperluas jaringan perniagaan dan pelaburan di peringkat global.
“Selepas ini kami akan ke Eropah memandangkan tidak lama lagi, ada beberapa delegasi dari benua itu akan datang bagi meninjau peluang pelaburan di Malaysia,” katanya.
Pencapaian itu sekali gus mencerminkan komitmen Ezcape Travel Tech menerusi FM2TW untuk menghubungkan syarikat tempatan dengan pelabur serta rakan perniagaan antarabangsa, khususnya dalam usaha membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada Malaysia.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

ABFGR 2027 sasar lebih 900 vendor, perluas penganjuran ke Pantai Timur


MAMSB perkasa transformasi digital, pastikan industri perkhidmatan wang kekal berdaya saing


