ECRL: Kerajaan pastikan obligasi pembayaran balik pinjaman diurus dengan baik
Kos pembangunan projek itu dibiayai melalui gabungan pembiayaan daripada China Exim Bank (CEXIM) dan institusi kewangan tempatan serta penerbitan sukuk di pasaran modal tempatan, dengan jaminan Kerajaan Persekutuan.


Projek ECRL merupakan inisiatif pembangunan infrastruktur rel nasional yang menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar di Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung sepanjang 665 kilometer. ECRL
KOS keseluruhan pembangunan projek East Coast Rail Link (ECRL) berjumlah RM74.96 bilion, dengan sebahagian besar daripada jumlah tersebut merupakan kos pembinaan, iaitu RM52.43 bilion.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kos pembangunan projek itu dibiayai melalui gabungan pembiayaan daripada China Exim Bank (CEXIM) dan institusi kewangan tempatan serta penerbitan sukuk di pasaran modal tempatan, dengan jaminan Kerajaan Persekutuan.
"Projek ECRL merupakan pelaburan jangka panjang kerajaan. Bayaran balik pembiayaan projek akan dibiayai daripada hasil operasi ECRL, yang merangkumi hasil perkhidmatan penumpang dan kargo serta hasil bukan tambang.
"Hasil ini dijangka meningkat seiring dengan pertambahan bilangan penumpang, peningkatan jumlah kargo dan pertumbuhan hasil bukan tambang," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Kementerian Kewangan menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai jumlah keseluruhan kos pembinaan ECRL termasuk kos pinjaman dan faedah serta bagaimana kerajaan membiayai dan menanggung pembayaran balik projek tersebut.
MoF memberitahu, pengurusan kos yang berhemat akan membantu memastikan operasi ECRL kekal mampan dan meningkatkan keupayaannya untuk membayar balik pembiayaan projek.
Di samping itu jelasnya, kerajaan komited untuk memastikan obligasi pembayaran balik pinjaman projek ECRL diurus dengan baik dan teratur.
Katanya, projek ECRL merupakan inisiatif pembangunan infrastruktur rel nasional yang menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar di Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung sepanjang 665 kilometer, melibatkan 20 stesen dari Stesen ECRL Kota Bharu dan berakhir di Stesen ECRL Jalan Kastam, Klang dengan sambungan terus ke Pelabuhan Klang.
"Projek ini dilaksanakan oleh syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 26 September 2016.
"Pembukaan kereta api bagi pengoperasian tren penumpang dan barangan ECRL akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya.
Jelas MoF, Fasa 1 iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ke Kota Bahru dijangka mula beroperasi pada 12 Disember ini dan Fasa 2 iaitu TBG ke Jalan Kastam pula dijangka beroperasi mulai Januari 2028 dan Fasa 3 iaitu Jalan Kastam ke Pelabuhan Klang pada Julai 2029.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

ABFGR 2027 sasar lebih 900 vendor, perluas penganjuran ke Pantai Timur


MAMSB perkasa transformasi digital, pastikan industri perkhidmatan wang kekal berdaya saing
![[13/11, 2:19 pm] Kak Napsiah: Bersama Pengarah Tourism Malaysia bagi pasaran Arab Saudi di Jeddah, Zaidi Kassim ( berdiri tiga dari kanan ) [13/11, 2:20 pm] Kak Napsiah: Dato' Dr. Zairita Azlin bersama insan di sebalik kejayaan cemerlang beliau dan FM2TW, Tuan Hj. Mulyadi Bemban yang juga suami tercinta ( Berdiri dua dari kanan ), Heintje Nazaruddin, Pengarah Event FM2TW ( Berdiri paling kanan ), Abu Bakar Yahya @ ABY ( Berdiri dua dari kiri ) serta Mohd. Azrai, Director of operation & Administration FM2TW ( Berdiri Paling Kiri ).](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fhxroq6bpzu9hksv1.public.blob.vercel-storage.com%2F98241.webp&w=3840&q=75)

