Mohd Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM
Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang mana pengerusinya ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

FAM memaklumkan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk itu.
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk itu.
Menurut FAM, ini berikutan kekangan masa dan tanggungjawab dipikul Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
"FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada beliau atas kesediaan dan komitmen sebelum ini untuk membantu FAM memperkukuh aspek integriti dan tadbir urus," jelasnya dalam kenyataan.
FAM memberitahu, pihaknya akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus FAM.
Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang mana pengerusinya ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


