EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Sukan

Malaysia sekali lagi tewaskan Thailand, selepas penantian 36 tahun

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara berkenaan adalah pada Sukan Asia Beijing 1990, juga menewaskan Thailand di final.

The Step25 September 2026 pada 04:00 PTGDikemas kini 25 September 2026 pada 05:18 PTG
Malaysia menewaskan Thailand dalam aksi final regu berpasukan.

Malaysia menewaskan Thailand dalam aksi final regu berpasukan. — Facebook Menteri Belia dan Sukan.

SKUAD sepak takraw lelaki negara menamatkan penantian 36 tahun apabila meraih pingat emas regu berpasukan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand 2-0 pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara berkenaan adalah pada Sukan Asia Beijing 1990, juga menewaskan Thailand di final.

Ini kali kedua berturut-turut Malaysia menewaskan negara jiran itu dalam final regu berpasukan bagi temasya sukan selepas Sukan SEA Thailand 2025, Disember lalu.

Kemenangan skuad sepak takraw negara itu menjadikannya pungutan emas keempat buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia kali ini.

Regu pertama Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias membuka laluan keyakinan buat skuad negara selepas menewaskan regu pertama Thailand 15-9, 5-15, 15-11 dalam pertarungan tiga set.

Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali kemudiannya mengatasi regu kedua Thailand 15-13, 15-11 untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Malaysia.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan