Jerebu: Sambutan Hari Sukan Negara 2026 ditangguhkan
KBS memberitahu, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan KBS dan aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak yang terlibat telah diambil kira sepenuhnya.

Sambutan Hari Sukan Negara 2026 sepatutnya berlangsung di Bukit Jalil, esok.
SAMBUTAN Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang sepatutnya diadakan di Bukit Jalil, esok, ditangguhkan.
Perkara itu dinyatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) susulan perkembangan kualiti udara dan situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Menurut KBS, tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap yang selamat bagi aktiviti luar.
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.
"Susulan perbincangan terperinci bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, KBS telah meneliti implikasi penganjuran acara berskala besar dalam keadaan semasa," jelasnya dalam kenyataan.
KBS memberitahu, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan KBS dan aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak yang terlibat telah diambil kira sepenuhnya.
Jelasnya, keputusan menangguhkan HSN dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada para peserta, penganjur dan orang ramai.
"KBS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan merakamkan penghargaan atas pengertian serta kerjasama semua pihak.
"Walau bagaimanapun, penganjuran HSN di peringkat negeri dan lain-lain peringkat serta lokasi adalah tertakluk kepada situasi setempat dan ketetapan pentadbiran masing-masing," katanya.
Jelasnya, status penganjuran bagi peringkat Wilayah Persekutuan/negeri serta pentadbiran di bawah seliaannya setakat siaran media ini dikeluarkan adalah seperti berikut:

Di kesempatan ini, KBS turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah buat masa ini serta sentiasa mematuhi nasihat dan panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai siaran media ini boleh diajukan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui talian 03-8871 3719 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my.
"KBS juga menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang sedang melanda negara," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


