Black Vortex FC semakin berbisa, tawan ELBA Merdeka Cup B-14
Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Aliza Zain (kiri) meraikan kejayaan Black Vortex FC yang turut diwakili anaknya sebagai penjaga gol.
BLACK Vortex FC memberi amaran awal bahawa kelab itu semakin berbisa apabila mengungguli kejohanan ELBA Merdeka Cup 2026 Bawah 14 Tahun (B-14) baru-baru ini.
Pada aksi final, kelab yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pasukan Akademi MBPJ FC A 1-0 yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara.
Lebih membanggakan, Black Vortex yang ditubuhkan tahun lalu hasil inisiatif ibu bapa para pemain berjaya menewaskan pasukan dari Indonesia di peringkat suku akhir.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sementara itu, wakil ibu bapa kelab itu, Aliza Zain menyifatkan, kejohanan tersebut berjaya memastikan program pembangunan bola sepak akar umbi bermula sejak usia awal lagi bagi menyediakan pelapis berpotensi besar.

“Ia bertepatan dengan matlamat penubuhan Black Vortec FC sebagai platform mencungkil bakat pemain bola sepak yang mampu mewakili negeri dan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada waris dan ibu bapa yang menunjukkan komitmen tinggi dengan memastikan anak-anak berlatih bagi menghadapi persediaan kejohanan ini,” katanya.
Sementara itu, ELBA Merdeka Cup 2026 kembali lagi tahun ini sebagai kejohanan bola sepak selama dua hari, dengan kerjasama Kuala Lumpur Youth Football Club yang sebelum dikenali sebagai NFDP Kuala Lumpur & Putrajaya.
Dengan penyertaan sehingga lebih daripada 80 pasukan yang terdiri daripada pelbagai pasukan sekolah dan kumpulan belia, kejohanan itu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bagi memeriahkan bulan kemerdekaan.
Pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu merangkumi kategori B-10, B-12, B-14, dan B-16, sekali gus menyediakan platform bagi pemain muda untuk menguji keupayaan atletik, semangat berpasukan, disiplin, dan semangat kesukanan mereka.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

MKDS bongkar bahaya obesiti: Bukan sekadar gemuk, risiko diabetes hingga buah pinggang
Deel Anjer · 25 September 2026 pada 09:27 PG

Ultra Kalcer Malaysia 2026, gabung 19 artis serumpun
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 12:57 PTG

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 11:29 PG

“Terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya” - Fikry Ibrahim
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 02:42 PG
Berita berkaitan

MASOC 2027, LTdL26 bekerjasama promosi Sukan SEA, Sukan Para ASEAN
The Step · 21 September 2026 pada 08:59 PTG

PETRONAS Malaysia International Series 2026 Berlangsung Di Ipoh
Danial Adam · 6 September 2026 pada 05:00 PTG



