Bergson, Tapp layak wakili pasukan kebangsaan
Status dua lagi pemain JDT iaitu Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA.

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan dua pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva dan Brad Tapp layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.
Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang saingan Piala ASEAN FIFA tidak lama lagi.
"FAM menerima pengesahan tersebut selepas FIFA selesai membuat semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan," jelasnya dalam kenyataan.
Menurut FAM, status dua lagi pemain JDT iaitu Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA dan FAM masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia tersebut.
Jelasnya, pihak FAM akan terus memberikan kerjasama dan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan kepada FIFA berkaitan proses semakan berkenaan.
"FAM akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai status Hidalgo dan Lowry selepas menerima pengesahan rasmi daripada FIFA," katanya.
Sebelum ini, Bergson, Hidalgo dan Lowry mendapat status pemain naturalisasi manakala Tapp sebagai pemain warisan, dengan keempat-empatnya disenaraikan sebagai pemain tempatan dalam saingan domestik.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Polis kesan lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan
The Step · 13 September 2026 pada 04:25 PTG

Siasatan kes baja: SPRM reman Pengarah Urusan syarikat
The Step · 13 September 2026 pada 03:40 PTG

Kapal bawa 243 penumpang hilang di Laut Jawa, 103 diselamatkan
The Step · 13 September 2026 pada 02:54 PTG
Berita berkaitan

PETRONAS Malaysia International Series 2026 Berlangsung Di Ipoh
Danial Adam · 6 September 2026 pada 05:00 PTG

Harimau Malaya Lalui Kempen Sukar Di Piala Hyundai ASEAN 2026
Danial Adam · 1 September 2026 pada 05:00 PTG

132 atlet SUKMA dikenal pasti untuk persediaan Sukan SEA 2027
Danial Adam · 26 Ogos 2026 pada 04:00 PTG


