Anak muda sayang ulama… 40,000 berkumpul di Ride Dakwah Anak Muda 2026
Penyertaan dalam konvoi motosikal tidak menghalang golongan muda daripada menjaga kewajipan agama

Kehadiran kira-kira 40,000 anak muda pada Ride Dakwah Anak Muda 2026 di Kedah, Sabtu lalu, memperlihatkan sambutan luar biasa terhadap pendekatan dakwah dalam kalangan generasi muda.
Bukan sekadar konvoi motosikal, kehadiran kira-kira 40,000 anak muda pada Ride Dakwah Anak Muda 2026 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, memperlihatkan sambutan luar biasa terhadap pendekatan dakwah dalam kalangan generasi muda.
Lebih menarik, ribuan anak muda hadir dan berhimpun dalam suasana yang membawa mesej kecintaan terhadap agama, sekali gus memperlihatkan bahawa golongan muda masih mempunyai ruang besar untuk didekati melalui program berbentuk keagamaan.
Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar berkata, beliau berharap pertemuan berkenaan menjadi asbab lahirnya generasi muda yang mencintai agama, menjaga solat serta istiqamah dalam melakukan kebaikan.
“Semoga pertemuan ini menjadi asbab lahirnya generasi anak muda yang mencintai agama, menjaga solat dan terus istiqamah dalam kebaikan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji usaha menganjurkan program berkenaan yang dilihat berjaya menghimpunkan anak muda dalam suasana yang dekat dengan agama.
Malah, ada netizen menyifatkan kehadiran puluhan ribu peserta itu membuktikan bahawa ramai anak muda yang menyayangi ulama dan mempunyai kecenderungan untuk mendekati majlis ilmu serta program keagamaan.
“Bagus. Alhamdullilah. Ramai anak muda sayang ulama,” komen seorang netizen.
Ada juga yang berkongsi rasa kagum apabila melihat peserta yang datang dari jauh dengan menaiki motosikal tetap mengambil berat soal solat dan menunaikannya secara berjemaah di lokasi program.


Perkara itu turut dilihat sebagai gambaran bahawa penyertaan dalam konvoi motosikal tidak menghalang golongan muda daripada menjaga kewajipan agama sepanjang mengikuti program berkenaan.
Program yang berlangsung pada 19 September baru-baru ini turut mendapat kerjasama pelbagai badan autoriti dan agensi bagi memastikan perjalanan acara berjalan lancar.
Antaranya Perbadanan Stadium Sultan Abdul Halim, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar, Balai Polis Trafik Kota Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Daerah, Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ustaz Wadi turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan individu yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

Menurutnya, kejayaan sesebuah program bukan disebabkan usaha seorang individu, sebaliknya terhasil daripada kerjasama ramai pihak dengan izin Allah SWT.
Kehadiran puluhan ribu anak muda dalam Ride Dakwah Anak Muda 2026 juga memberikan gambaran bahawa program berteraskan dakwah mampu menjadi ruang pertemuan generasi muda untuk mendekati agama dalam suasana yang lebih santai dan dekat dengan jiwa mereka.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Mak Kepit jaga telur penyu, tidak perlu dipungut
Deel Anjer · 23 September 2026 pada 10:06 PG

Masih makan telur penyu? 2 juta pernah dikutip setahun
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 08:36 PTG

“Mana jabatan perikanan, tak pantau ke?” – Netizen
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 04:45 PTG

‘Umur baru 8 tahun, buat tabung nak jumpa saya’... Zizan Razak terharu
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 01:21 PTG
Berita berkaitan

Masih makan telur penyu? 2 juta pernah dikutip setahun
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 08:36 PTG

Ranjau digitalisasi: Keselamatan kanak-kanak, buli siber dan akauntabiliti
kolumnis · 22 September 2026 pada 08:01 PG

'Kau pasti masuk neraka': Usah jadi 'hakim akhirat', boleh mengundang kemurkaan Allah
Metra Syahril Mohamed · 13 September 2026 pada 07:32 PG

“Saya tak mahu dia berjuang seorang diri” – Aliyah korbankan masa demi impian Arian’na
Deel Anjer · 12 September 2026 pada 09:53 PG

