EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

Wanita bekas calon PRU-15 ditahan, warga emas cedera ditolak ke dalam longkang

Insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu turut menjadi perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian tersebut tular di media sosial.

The Step24 September 2026 pada 09:33 PTGDikemas kini 24 September 2026 pada 09:36 PTG
Wanita bekas calon Bebas PRU-15 ditahan, warga emas cedera ditolak ke dalam longkang

Seorang wanita yang pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditahan polis selepas disyaki menolak seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh ke dalam longkang di Jalan Hujan Rahmat Dua, Taman OUG, Jumaat lalu.

Insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu turut menjadi perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki berusia 79 tahun, pada jam 12.37 tengah hari pada hari sama.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang juga bekas pemain hoki Selangor pada era 1960-an sebelum itu memasuki sebuah kedai jahit milik rakannya.

“Mangsa kemudian memaklumkan bahawa dia diekori oleh suspek.

“Ketika keluar dari kedai berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi, suspek yang berada di luar premis secara tiba-tiba dipercayai menolak mangsa sehingga terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, tangan kiri serta belakang badan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

Polis menahan wanita berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan