Tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung serta-merta
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan berkenaan dipersetujui secara sebulat suara

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan berkenaan dipersetujui secara sebulat suara
Dua jawatan kanan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan kini dipangku sementara selepas tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal digantung berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan berkenaan dipersetujui secara sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berlangsung hari ini.
Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali akan menjalankan tugas SUK sehingga Ketua Setiausaha Negara menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.
Bagi urusan perundangan pula, tugas memberikan nasihat kepada kerajaan negeri akan dilaksanakan peguam bela dan peguam cara, Fahmi Adilah sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.
“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Longkang jadi tempat persembunyian, dua warga asing tetap dicekup
The Step · 22 September 2026 pada 03:51 PTG

MASOC 2027, LTdL26 bekerjasama promosi Sukan SEA, Sukan Para ASEAN
The Step · 21 September 2026 pada 08:59 PTG

Ajinomoto Malaysia terima pengiktirafan Malaysia Book of Record
The Step · 21 September 2026 pada 03:17 PTG
Berita berkaitan

DUN Melaka bubar esok, dapat perkenan Yang di-Pertua Negeri
Metra Syahril Mohamed · 22 September 2026 pada 03:02 PTG

Petugas media tidak dibenarkan masuk ke Wisma Negeri
The Step · 21 September 2026 pada 01:04 PTG



