Ajinomoto Malaysia terima pengiktirafan Malaysia Book of Record
Pemilihan 2,026 pek turut membawa makna tersendiri bersempena tahun 2026.

Ajinomoto Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Most Nasi Goreng Kampung Giveaway in an Event'. — Ajinomoto Malaysia
AJINOMOTO (Malaysia) Berhad mencipta pencapaian istimewa apabila berjaya mengagihkan 2,026 pek Nasi Goreng Kampung kepada pengunjung sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 16 September di Taman Tasik Titiwangsa.
Pencapaian tersebut melayakkan Ajinomoto Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Most Nasi Goreng Kampung Giveaway in an Event' selepas semua 2,026 pek diagihkan dalam tempoh satu hari pada 13 September lalu.
Menggunakan Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung, hidangan tersebut disediakan dan diagihkan secara percuma kepada pengunjung, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati salah satu hidangan yang cukup sinonim dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Pemilihan 2,026 pek turut membawa makna tersendiri bersempena tahun 2026.
Menurut Ajinomoto Malaysia, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan mencipta rekod, tetapi turut menjadi sebahagian daripada usaha meraikan makanan tempatan yang dekat dengan kehidupan masyarakat serta menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Jelasnya, selain agihan Nasi Goreng Kampung, pengunjung yang hadir ke reruai Ajinomoto Malaysia di Pesta Seri Rasa turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sepanjang FBM 2026, termasuk pemberian sampel produk, promosi set kombo dan aktiviti Spin & Win.
"Penyertaan Ajinomoto Malaysia di FBM 2026 turut memberi peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pengguna melalui makanan, aktiviti dan pengalaman yang menyeronokkan.
.jpeg&w=3840&q=75)
"Pada masa sama, ia mengetengahkan kepelbagaian makanan dan budaya yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia," jelasnya.
Katanya, usaha tersebut selari dengan komitmen Ajinomoto Malaysia menerusi 'Eat Well, Live Well', dengan menggalakkan rakyat Malaysia menikmati makanan yang lazat serta meluangkan masa untuk memasak, berkongsi dan menikmati hidangan bersama keluarga dan orang tersayang.
Jelasnya, seiring dengan usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kebaikan melalui makanan, Ajinomoto Malaysia turut menjalankan kempen 'Cinta Rasa Malaysia' dari 1 Ogos hingga 30 September ini.
"Menerusi kempen ini, pengguna hanya perlu membeli produk Ajinomoto Malaysia yang terlibat dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit, sebelum menghantar resit tersebut melalui WhatsApp atau SmartCooking.com.my untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM25,000.

"Pada masa sama, Ajinomoto Malaysia akan menyumbang RM1 kepada Yayasan MyKasih bagi setiap resit RM10 yang layak dihantar. Sumbangan ini akan membantu menyokong usaha menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia," jelasnya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Petugas media tidak dibenarkan masuk ke Wisma Negeri
The Step · 21 September 2026 pada 01:04 PTG

Buang air kecil tepi lebuh raya, tiga lelaki ditahan
The Step · 21 September 2026 pada 10:49 PG

Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta
The Step · 21 September 2026 pada 07:45 PG
Berita berkaitan

Kakitangan Malaysia Airlines terbaik di Asia, 'top 3' kru kabin terbaik dunia
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 08:57 PTG

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 03:07 PTG

BSN perluas akses perbankan perniagaan usahawan mikro, penjaja
Metra Syahril Mohamed · 17 September 2026 pada 10:57 PG


