EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

Petugas media tidak dibenarkan masuk ke Wisma Negeri

Kehadiran petugas media itu bagi mendapatkan reaksi Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim

The Step21 September 2026 pada 01:04 PTGDikemas kini 21 September 2026 pada 01:39 PTG
Kehadiran petugas media itu bagi mendapatkan reaksi Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim

Lebih 10 petugas media Negeri Sembilan yang berkumpul di hadapan Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan, sejak pukul 10 pagi tadi tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan bagi membuat liputan.

Pengawal keselamatan yang bertugas memaklumkan arahan itu dikeluarkan pihak atasan, manakala sebarang urusan untuk memasuki Wisma Negeri memerlukan surat kebenaran.

Kehadiran petugas media itu bagi mendapatkan reaksi Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung penyusunan pentadbiran baharu susulan pembatalan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Petugas media bagaimanapun terpaksa menunggu di luar bangunan berkenaan selepas tidak diberikan kebenaran untuk masuk.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan