EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

AMANAH desak MB Negeri Sembilan bubar DUN

Menurut beliau, Amanah percaya bahawa pergolakan politik yang gagal diuruskan dengan baik oleh UMNO boleh menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

The Step22 September 2026 pada 10:03 PGDikemas kini 22 September 2026 pada 11:48 PG
Parti Amanah Negara.

Parti Amanah Negara.

SUSULAN pergolakan politik yang berlaku di Negeri Sembilan yang telah mencapai tahap yang sangat kronik, Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, ini memandangkan pertembungan antara Eksekutif dan Istana adalah bertentangan dengan roh dan prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Menurut beliau, Amanah percaya bahawa pergolakan politik yang gagal diuruskan dengan baik oleh UMNO boleh menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita mengambil maklum pergolakan politik yang berlaku di Negeri Sembilan telah mencapai tahap yang sangat kronik apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan semua Exco Kerajaan Negeri Sembilan.

"AMANAH berpendirian untuk tidak mencampuri kemelut kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan memandangkan urusan tersebut harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang, Perlembagaan dan Adat Negeri Sembilan," jelasnya dalam kenyataan.

Namun Muhammad Faiz memberitahu, susulan pergolakan politik semasa di Negeri Sembilan, AMANAH berpandangan bahawa PRN Negeri Sembilan ke-l6 yang diadakan secara mengejut adalah berpunca daripada desakan pihak-pihak tertentu yang mahu menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan daripada takhta.

"Hal ini diperkukuhkan dengan proklamasi yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar sejurus selepas PRN Negeri Sembilan ke-16 berlaku iaitu pada 3 Ogos 2026.

"Situasi politik semasa bertambah meruncing apabila Menteri Besar menolak titah tersebut secara terbuka," dakwanya.

AMANAH dakwanya, berpendirian bahawa UMNO gagal untuk menghormati kedudukan institusi diraja Melayu apabila mengambil langkah-langkah menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seolah-olah satu tindakan coup d'état.Katanya, tindakan-tindakan yang diambil UMNO itu jelas bertentangan dengan kehendak rakyat Negeri Sembilan yang mana PRN Negeri Sembilan ke-l6 yang lalu tidak langsung bertujuan untuk mengganggu gugat kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan