EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Longkang jadi tempat persembunyian, dua warga asing tetap dicekup

Itu antara taktik dikesan dalam Op Selera dan Op Kutip apabila seorang lelaki dan seorang wanita warga asing cuba meloloskan diri sebelum memilih longkang sebagai lokasi persembunyian.

The Step22 September 2026 pada 03:51 PTGDikemas kini 22 September 2026 pada 03:53 PTG
Taktik seorang warga asing bersembunyi dalam longkang untuk elak dicekup.

Taktik seorang warga asing bersembunyi dalam longkang untuk elak dicekup.Jabatan Imigresen Sarawak.

INGATKAN selamat bersembunyi dalam longkang, rupa-rupanya tetap dikesan.

Itu antara taktik dikesan dalam Op Selera dan Op Kutip apabila seorang lelaki dan seorang wanita warga asing cuba meloloskan diri sebelum memilih longkang sebagai lokasi persembunyian.

Menurut Jabatan Imigresen Sarawak, cubaan tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila anggota operasi bertindak pantas mengesan kedudukan kedua-duanya sebelum mereka ditahan.

Operasi jelasnya, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 21 September lalu dengan pemeriksaan dijalankan di tujuh lokasi sekitar Westfield Points, Jalan Tun Hussein Onn, Pekan Batu 10 dan Kota Sentosa.

"Lokasi yang diperiksa melibatkan premis kedai makan serta kedai-kedai yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian," jelasnya,

Jabatan itu menambah, sepanjang operasi turut berlaku beberapa cubaan melarikan diri, namun semuanya berjaya ditangani hasil ketangkasan anggota operasi.

Keseluruhannya jelas jabatan berkenaan, 48 orang telah diperiksa dan 43 orang ditahan untuk tindakan lanjut, manakala satu saman saksi telah dikeluarkan.

"Operasi ini dilaksanakan berdasarkan maklumat aduan awam serta hasil risikan Jabatan Imigresen Kuching.

"Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan dibawa untuk tindakan serta siasatan lanjut," jelasnya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan