The Step - Every Story Moves You

PRN Melaka: Rundingan UMNO-Pas berjalan positif – Asyraf Wajdi

Perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan

TS
Oleh The StepPengarang Berita2 Oktober 2026 pada 07:09 PTG1 min bacaanDikemas kini 2 Oktober 2026 pada 07:15 PTG
Perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

UMNO mengesahkan rundingan bersama Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sahaja telah dimulakan, malah masih diteruskan ketika kedua-dua parti membincangkan bentuk kerjasama yang bakal diputuskan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan bersama Pas itu berlangsung dalam suasana positif.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan. Amat positif, alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi pautan berita mengenai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan partinya mempertimbangkan penggunaan logo Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka.

Abdul Hadi berkata, rundingan termasuk mengenai penggunaan lambang dan bentuk kerjasama dengan BN masih diteruskan, dengan Pas sedia mempertimbangkan sama ada menggunakan lambang sendiri atau BN bergantung kepada hasil perbincangan.

Perkembangan itu susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) digantung mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berkuat kuasa serta-merta susulan notis yang dikeluarkan pada 22 September lalu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com