EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

Pandangan pengampunan Najib dibuat selepas teliti pendapat bertulis AG – Hannah

Beliau berkata perkara itu telah disampaikan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 11 September lalu.

The Step16 September 2026 pada 11:20 PGDikemas kini 16 September 2026 pada 12:11 PTG
Hannah Yeoh.

Hannah Yeoh menjawab mengenai isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.Facebook Hannah Yeoh.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan pandangannya berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dikemukakan dalam kapasiti beliau sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.

Malah katanya, ia dilakukan selepas meneliti pendapat bertulis Peguam Negara.

Beliau berkata, perkara itu disampaikan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 11 September lalu.

"Sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengampunan dan setelah meneliti pendapat bertulis Peguam Negara, saya telah memberikan pandangan atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan.

"Saya telah menyatakan pandangan dengan jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani saya demi kepentingan negara,” katanya.

Hannah menegaskan, proses berkenaan dilaksanakan selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kuasa dan keputusan muktamad berhubung perkara pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, termasuk keputusan untuk menangguhkan pertimbangan terhadap permohonan pengampunan Najib.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa dan keputusan muktamad terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong, termasuk untuk menangguhkan apa-apa keputusan mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Kenyataan itu menyusuli Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 11 September lalu.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan