EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

Pas sambut baik hasrat UMNO adakan rundingan terus

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyambut baik kecenderungan UMNO untuk mengadakan rundingan secara terus

Deel Anjer18 September 2026 pada 02:12 PTGDikemas kini 18 September 2026 pada 02:32 PTG
Menurut Hadi, pendekatan Pas memberi keutamaan kepada kepemimpinan Melayu Islam,

Instagram: abdulhadi_awang

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyambut baik kecenderungan UMNO untuk mengadakan rundingan secara terus dengan kepemimpinan Pas bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurut Hadi, pendekatan Pas memberi keutamaan kepada kepemimpinan Melayu Islam, manakala golongan bukan Islam yang tidak ekstrem turut diterima, seiring dengan konsep yang dibawa UMNO.

“Terima kasihlah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan UMNO untuk mengadakan rundingan terus dengan kepemimpinan Pas.

Abdul Hadi berkata demikian menerusi hantaran di Instagramnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Mengulas mengenai kedudukan parti politik lain termasuk Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas berhubung pendekatan berkenaan, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti terbabit.

“Kena tanya dialah (parti-parti lain). Dia terima atau tidak prinsip itu. Kalau tidak terima konsep itu, kita tidak terimalah,” katanya.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan