12 ahli politik diberikan 'pelepasan tanpa pembebasan'
Seseorang yang diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan yang sama sekiranya pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes.

Azalina Othman Said.
SERAMAI 12 ahli politik telah diberikan pelepasan tanpa pembebasan atau Discharge Not Amounting to an Acquittal (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berdasarkan input yang diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP).
"Semakan terhadap rekod kes jenayah di mahkamah bagi tempoh 2010 hingga Julai 2026 mendapati terdapat 19 kes melibatkan 12 ahli politik yang telah diberikan DNAA.
"DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai jumlah kes pertuduhan jenayah yang melibatkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang telah diberikan pelepasan tanpa pembebasan bagi tempoh dari 2010 hingga Julai 2026.
Azalina memberitahu, mengambil kira konteks di mana kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa sebagaimana kes sivil, seseorang yang diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan yang sama sekiranya pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes.
"Sekiranya Ahli Yang Berhormat (Hok Lion) memerlukan butiran atau maklumat lanjut berhubung kes-kes tertentu, perkara tersebut boleh dirujuk secara terus kepada Jabatan Peguam Negara selaku pihak yang mempunyai rekod dan maklumat berkaitan pendakwaan kes-kes berkenaan," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


