Wang tunai RM60,000 hilang dalam pesawat, polis giat kesan suspek disyaki terlibat
Kejadian terbaharu ini merupakan satu lagi kes melibatkan kehilangan atau cubaan mencuri barangan milik penumpang yang dilaporkan dalam masa berdekatan.

Polis giat menjalankan siasatan susulan kehilangan wang tunai RM60,000 milik seorang lelaki di dalam pesawat. — Gambar janaan AI.
POLIS sedang giat mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan wang tunai sebanyak RM60,000 milik seorang lelaki berusia 54 tahun ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan dan pengadu menyedari wang tunai miliknya yang disimpan dalam beg galas hilang sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pengadu katanya, mengesyaki seorang lelaki warga asing yang berada penerbangan sama terlibat dalam kejadian itu.
"Susulan laporan yang diterima, polis menjalankan siasatan termasuk mendapatkan maklumat berkaitan penumpang penerbangan serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pergerakan individu disyaki," jelasnya.
Beliau memberitahu, usaha mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan berkaitan katanya, kejadian terbaharu ini merupakan satu lagi kes melibatkan kehilangan atau cubaan mencuri barangan milik penumpang yang dilaporkan dalam masa berdekatan.
Sebelum ini jelasnya, pada 17 September lalu, polis menerima laporan berhubung kes cubaan mencuri di dalam sebuah pesawat yang tiba di Pulau Pinang.
"Seorang lelaki warga China berusia 55 tahun yang ditahan dalam kes tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini di bawah Seksyen 379 dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
"Sehubungan itu kita menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan barangan peribadi berada dalam keadaan selamat," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Wanita bekas calon PRU-15 ditahan, warga emas cedera ditolak ke dalam longkang
The Step · 24 September 2026 pada 09:33 PTG

PN dakwa ada unsur niat tidak baik, tindakan RoS berlaku ketika DUN Melaka dibubarkan
The Step · 24 September 2026 pada 10:47 PG

Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid lintas jalan
The Step · 24 September 2026 pada 08:23 PG
Berita berkaitan

WhatsApp digodam, disekat: Hati-hati pihak tawar khidmat pemulihan akaun
Metra Syahril Mohamed · 25 September 2026 pada 11:17 PG

JKR diarah siasat kemalangan motosikal di 'laluan hijau'
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 08:48 PTG

TH mulakan kursus asas haji musim 1448H/2027M
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 12:58 PTG


