The Step - Every Story Moves You

Tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN cecah RM10.7 bilion

Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa prihatin terhadap peminjam yang benar-benar menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman mereka.

TS
Oleh The StepPengarang Berita6 Oktober 2026 pada 08:18 PG1 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 07:48 PG
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pelbagai inisiatif telah dan akan diambil dalam memastikan kelestarian dana jangka panjang model perniagaan PTPTN.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pelbagai inisiatif telah dan akan diambil dalam memastikan kelestarian dana jangka panjang model perniagaan PTPTN.

TUNGGAKAN bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencecah RM10.7 bilion membabitkan 1.16 juta peminjam setakat 31 Ogos lalu.

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pelbagai inisiatif telah dan akan diambil dalam memastikan kelestarian dana jangka panjang model perniagaan PTPTN.

"Antaranya memperkukuh pengurusan pinjaman dengan menambah baik terma dan syarat pinjaman agar lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan berdasarkan kemampuan PTPTN," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

KPT menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah terkini hutang peminjam PTPTN.

Kementerian itu menambah, usaha lain termasuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kutipan bayaran balik pinjaman melalui pelaksanaan penguatkuasaan serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan korporat.

Walau bagaimanapun katanya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap peminjam yang benar-benar menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman mereka.

"PTPTN sentiasa terbuka dan mengalu-alukan peminjam berkenaan untuk tampil membuat perundingan seterusnya menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman mereka mengikut kemampuan, atau membuat penangguhan bayaran balik pinjaman mengikut kelonggaran yang dibenarkan oleh PTPTN," jelasnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com