EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Tun Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi hari ini, 28 September 2026, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur

Deel Anjer28 September 2026 pada 10:25 PGDikemas kini 28 September 2026 pada 10:39 PG
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi hari ini, 28 September 2026, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi hari ini, 28 September 2026, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Allahyarham Dr Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Allahyarhamah Dr Hasmah merupakan antara tokoh wanita yang banyak menabur jasa dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan kebajikan masyarakat.

Sebagai isteri kepada Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Allahyarham dikenang kerana memainkan peranan penting mendampingi serta menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, selain meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.

Sepanjang khidmatnya, Allahyarham banyak memberi perhatian kepada kesihatan ibu dan kanak-kanak, termasuk usaha kesihatan masyarakat di kawasan luar bandar.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan berkaitan kesihatan, kebajikan, perancangan keluarga dan pemulihan kanak-kanak kurang upaya.

Pemergian Allahyarham meninggalkan legasi panjang dalam bidang kesihatan awam, khususnya usaha memperkasa kesejahteraan wanita, ibu dan kanak-kanak.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan