'Tok sudah tiada, Tok meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri'
Meera Alyanna atau dikenali sebagai Ally turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang menghubungi beliau dan keluarga susulan pemergian neneknya itu.
.webp&w=3840&q=75)
Meera Alyanna Mukhriz berkongsi kenangan gambar bersama Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. IG Meera Alyanna.
'KAMI kehilangan Tok (Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali), sukar untuk menerima hakikat Tok sudah tiada'.
Demikian luahan Meera Alyanna Mukhriz, cucu Allahyarham, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu berkongsi luahan rasa dialaminya, dengan pemergian insan tersayang dipanggil Tok, sebulan selepas melahirkan bayi sulung lelaki iaitu cicit pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.
Meera Alyanna atau dikenali sebagai Ally turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang menghubungi beliau dan keluarga susulan pemergian neneknya itu.
"Kami kehilangan Tok secara tidak dijangka dan sukar menerima hakikat bahawa beliau sudah tiada. Beliau meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri saya, dan berdasarkan mesej-mesej anda, dalam diri ramai antara anda juga.
"Terima kasih sekali lagi atas kiriman mesej anda. Ia sangat bermakna buat kami. Mohon doakan Tok dalam doa anda," tulisnya.
Allahyarham Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.
Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarham merupakan tokoh wanita Malaysia dihormati bukan sahaja sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri, tetapi juga atas sumbangannya sendiri dalam bidang perubatan dan kebajikan masyarakat yang menjadi inspirasi rakyat negara ini.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


