The Step - Every Story Moves You

Tiga termasuk pegawai kanan agensi kerajaan direman, terima rasuah RM155,000

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2024 hingga 2025.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step6 Oktober 2026 pada 03:31 PTG1 min bacaanDikemas kini 6 Oktober 2026 pada 03:35 PTG
TIGA suspek direman kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM155,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.

TIGA suspek direman kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM155,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan. SPRM.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM155,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.

Ketiga-tiganya terdiri daripada pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, seorang penjawat awam dan seorang pemilik syarikat.

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Oktober terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.

Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 dan 50-an ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2024 hingga 2025.

Bagi dua orang suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com