The Step - Every Story Moves You

Tiga sekeluarga maut, MPV bertembung pacuan empat roda TNB

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Dungun.

TS
Oleh The StepPengarang Berita26 Oktober 2026 pada 09:45 PG1 min bacaanDikemas kini 26 Oktober 2026 pada 09:49 PG
Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Dungun.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Dungun. Foto: Facebook Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

TIGA  sekeluarga termasuk pasangan suami isteri maut selepas Nissan Grand Livina dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Bukit Bauk, petang semalam.

Kemalangan di Dungun, Terengganu itu melibatkan Mohamad Zulkifli Ishak, 32, isterinya, Norshila Zali, 36, dan adiknya, Muhammad Alif Syukri, 18.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku ketika pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan, selepas menjemput adiknya yang belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Dungun.

Dua individu dalam kenderaan TNB turut cedera dan menerima rawatan di hospital sama.

Sumber: Facebook Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com