The Step - Every Story Moves You

Tiada pertubuhan berdaftar atas nama De Norsemen Kclub International

Terdahulu, media melaporkan kegiatan pertubuhan dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) dipercayai dianggotai komuniti Nigeria di Malaysia mencetuskan persoalan selepas gambar dan video perjumpaan kumpulan itu tular di media sosial.

TS
Oleh The StepPengarang Berita17 November 2026 pada 05:57 PTG1 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 07:28 PG
Dakwaan mengenai kegiatan kumpulan De Norsemen Kclub International yang tular di platform media sosial.

Dakwaan mengenai kegiatan kumpulan De Norsemen Kclub International yang tular di platform media sosial.

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sedang menjalankan siasatan berhubung aktiviti yang dikaitkan dengan kumpulan De Norsemen Kclub International susulan hantaran tular di platform media sosial mempersoalkan status pendaftaran pertubuhan tersebut.

Menurut jabatan itu, semakan rekod mendapati bahawa tiada pertubuhan berdaftar atas nama De Norsemen Kclub International.

"JPPM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan perkara ini disiasat secara menyeluruh.

JPPM

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang tertakluk kepada peruntukan yang berkuat kuasa," jelasnya dalam kenyataan.

JPPM menegaskan bahawa sebarang aktiviti pertubuhan hendaklah mematuhi undang-undang negara dan orang ramai dinasihatkan supaya merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Terdahulu, media melaporkan kegiatan pertubuhan dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) dipercayai dianggotai komuniti Nigeria di Malaysia mencetuskan persoalan selepas gambar dan video perjumpaan kumpulan itu tular di media sosial.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com