The Step - Every Story Moves You

TH kekalkan prinsip 'yang dahulu didahulukan'

Pengalaman TH sebelum ini menunjukkan ramai bakal haji yang tidak membuat persediaan secukupnya apabila separuh daripada tawaran haji dimohon untuk ditangguhkan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita9 Oktober 2026 pada 07:15 PG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 09:00 PTG
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) masih mengekalkan prinsip 'yang dahulu didahulukan' dan memberi masa lebih dua tahun sehingga 31 Disember 2028 bagi pendeposit berdaftar meningkatkan simpanan mereka dan mengekalkan giliran haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pengalaman TH sebelum ini menunjukkan ramai bakal haji yang tidak membuat persediaan secukupnya apabila separuh daripada tawaran haji dimohon untuk ditangguhkan.

Jelas beliau, apabila TH mula menetapkan syarat simpanan RM15,000 untuk menerima tawaran haji dan membuat peringatan awal, seawal dua tahun kepada bakal jemaah, kadar penangguhan berjaya dikurangkan mendadak kepada 18 peratus.

"Kadar simpanan minimum RM15,000 bagi inisiatif Seruan Istito’ah mengambil kira bahawa ia adalah kadar yang sama bagi Jemaah Kumpulan B40 berbanding kos haji sebenar RM33,300," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) mengenai rasional keputusan TH menetapkan pendeposit sedia ada perlu melengkapkan simpanan minimum sebanyak RM15,000 sebelum diberikan giliran untuk menunaikan haji sehingga 31 Disember 2028.

Beliau menambah, RM15,000 juga ditetapkan sebagai penanda aras tahap kesiapsiagaan simpanan pendeposit dalam mencapai istito’ah kewangan iaitu pelan persediaan haji menyeluruh yang baharu, bertujuan memupuk budaya persediaan haji lebih awal.

Jelasnya, seramai 4.1 juta pendeposit telah mendaftar haji namun 80 peratus mempunyai kurang daripada RM15,000, mencerminkan keperluanuntuk membuat persediaan lebih awal.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com