KPM nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah
Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak menambah luka dengan pelbagai spekulasi.


Fadhlina Sidek ketika sidang media di Parlimen.
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut selepas disyaki dibunuh di dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin, diseret dari surau ke tempat kejadian.
Perkara itu ditegaskan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek susulan tular maklumat yang beredar mengenai kes berkenaan dan ia tidak benar.
"Ada dakwaan mengatakan mangsa diseret dari surau ke dewan, iaitu tempat kejadian serta dakwaan cermin pecah di surau. Jadi ini semua tidak benar.
"Saya mintak semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak menambah luka dengan pelbagai spekulasi.
"Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.
"Jangan kita tambah luka dengan spekulasi," katanya.
Menjawab persoalan mengenai kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata, dewan sekolah, iaitu lokasi Irene Sofiya ditemukan maut, tidak dilengkapi dengan kemudahan tersebut.
Katanya, sekolah menengah di Yong Peng itu mempunyai CCTV, namun ia tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.
"Jadi, kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.
"Mana-mana sekolah yang sudah pun mempunyai CCTV dan CCTV itu tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik dan ambil tindakan supaya ia berfungsi untuk merakam serta merekodkan kejadian di sekolah," katanya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


