The Step - Every Story Moves You

Syukur Allah pinjamkan Hasmah sehingga ke usia saya ini – Tun M

"Bagi pihak ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian (Allahyarham) Hasmah tempoh hari.".

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step19 Oktober 2026 pada 12:24 PTG1 min bacaanDikemas kini 20 Oktober 2026 pada 07:33 PG
Kesedihan Tun dr. Mahathir Mohamad ketika pemergian Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.

Kesedihan Tun dr. Mahathir Mohamad ketika pemergian Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah meminjamkan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebegitu lama sehingga ke usianya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.

Dalam luahan penuh emosi biarpun ringkas, beliau turut terharu dengan doa yang tak putus-putus dipanjangkan kepada Allahyarham sehingga ke saat ini, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

"Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat.

"Bagi pihak ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian (Allahyarham) Hasmah tempoh hari.

"Selain itu, saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja," jelasnya dalam hantaran di Facebook.

Dr. Mahathir memberitahu, apa yang berlaku ini mengingatkan beliau, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya terus bersyukur kepada Allah kerana telah meminjamkan Allahyarham Hasmah sebegitu lama.

"Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab. Terima kasih," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com