Surat kelulusan Kabinet untuk kerja pelebaran Lebuhraya PLUS palsu
Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen.

Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. — PMO
PEJABAT Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu.
Menurut PMO, Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut, dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan," jelasnya dalam kenyataan.
Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.
"Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat," tegasnya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

25 warga asing ditahan, premis kediaman disalah guna jalankan aktiviti tidak bermoral
The Step · 17 September 2026 pada 11:58 PG

DBKL gempur penjaja asing, sembilan sitaan direkodkan
The Step · 17 September 2026 pada 09:36 PG

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek
The Step · 16 September 2026 pada 04:58 PTG
Berita berkaitan

Harga RON97, RON95 dan diesel melonjak naik 35 sen mulai esok
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 08:12 PTG

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek
The Step · 16 September 2026 pada 04:58 PTG