SPRM, PDRM kongsi maklumat siasatan isu babitkan MyEG, Zetrix AI
PDRM akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya.


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam menyiasat isu membabitkan My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.
Menurut SPRM, pihaknya telah menerima aduan rasmi berkaitan isu membabitkan MyEG dan Zetrix AI pada 7 Oktober lalu.
Malah pihaknya turut mengambil maklum bahawa isu berkenaan sedang disiasat oleh polis.
"Sehubungan itu, SPRM akan bekerjasama rapat dengan PDRM bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam menyiasat perkara ini berdasarkan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa pihak polis.
"PDRM akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya," jelasnya dalam kenyataan.
SPRM mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.
Pada masa sama jelasnya, SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini selain tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.
SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil, serta berlandaskan undang-undang.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


