The Step - Every Story Moves You

SPRM panggil Nazir Hussin, isteri, pembantu bagi bantu siasatan

Kehadiran Nazir adalah untuk menerima notis pengisytiharaan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 manakala isteri dan pembantunya dirakam percakapan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita14 Oktober 2026 pada 06:56 PTG1 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 06:59 PTG
Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Husin

Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Husin

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Husin, isteri dan pembantunya bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Kehadiran Nazir adalah untuk menerima notis pengisytiharaan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 manakala isteri dan pembantunya dirakam percakapan.

Penyerahan notis serta rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pagi tadi.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, Nazir bagaimanapun enggan menerima notis tersebut dengan alasan beliau sudah memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menghalang pelaksanaan arahan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Rakaman percakapan yang melibatkan isteri dan pembantu Nazir berlangsung selama satu jam 30 minit.

“Beliau (Nazir), isteri dan pembantunya tiba di SPRM kira-kira pukul 11 pagi tadi dan isteri serta pembantunya telah dilepaskan pada pukul 1.15 petang tadi,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com