SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
"Media dan SPRM ini berpisah tiada. Saya berharap hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dan berpanjangan,” katanya ketika merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media 2026 di Maktab Penjara Malaysia.

Abd Halim Aman membidik sasaran ketika merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media 2026 di Maktab Penjara Malaysia. — SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan media terus bergerak seiring dalam memperkukuh usaha membanteras rasuah, khususnya dengan memastikan setiap maklumat berkaitan isu disampaikan kepada masyarakat secara sahih, tepat dan bertanggungjawab.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, sepanjang empat bulan menerajui agensi itu, beliau melihat hubungan antara SPRM dan media berada pada landasan yang baik dan berharap kerjasama berkenaan terus diperkukuhkan.
"Media dan SPRM ini berpisah tiada. Saya berharap hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dan berpanjangan,” katanya ketika merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media 2026 di Maktab Penjara Malaysia.

Menurutnya, program berkenaan turut memberi peluang kepada rakan media merasai sendiri aspek ketelitian, disiplin, fokus, kawalan emosi dan ketepatan yang diperlukan pegawai SPRM ketika melaksanakan tugasan.
"Ketika berada di lapangan, pegawai SPRM perlu sentiasa tenang, berdisiplin dan membuat pertimbangan yang tepat.
"Setiap tindakan mempunyai implikasi dan perlu dilaksanakan berdasarkan undang-undang, prosedur serta prinsip integriti," katanya.
Program berkenaan turut dianjurkan sebagai sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-59 yang bakal disambut pada 1 Oktober ini.

Dalam acara yang menguji ketepatan dan fokus peserta itu, rakan media diberikan peluang mengasah kemahiran menerusi kategori individu lelaki dan wanita.
Bagi kategori lelaki, Mohd Afzal Idrose dari Channel News Asia (CNA) muncul juara, diikuti Muhammad Afham Ramli dari Sinar Harian di tempat kedua dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dari Harian Metro di tempat ketiga.
Sementara itu, Nurayuni Johari dari Malaysia Gazette muncul juara kategori Ketepatan Individu Wanita, manakala Nurul Yasmin Jasri dari Astro Awani dan Lon Kar Mun dari China Press masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Erwin Khairul Ahmad; Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Kamaruddin Mape; Pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Bahagian SPRM.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG

Menjelang Belanjawan 2027: Perangkap gaji di Malaysia
The Step · 18 September 2026 pada 08:00 PG

Surat kelulusan Kabinet untuk kerja pelebaran Lebuhraya PLUS palsu
The Step · 17 September 2026 pada 04:05 PTG

25 warga asing ditahan, premis kediaman disalah guna jalankan aktiviti tidak bermoral
The Step · 17 September 2026 pada 11:58 PG
Berita berkaitan

MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 05:05 PTG

Siasatan kes FELDA, FIC: SPRM rakam keterangan Isa Samad di penjara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 04:08 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

Keadaan fizikal Kelat susut mendadak, Neow gesa pemeriksaan kesihatan segera
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 12:30 PTG

