Sindiket tukar hak milik kenderaan: SPRM sambung reman lima 'orang tengah'
Suspek turut disyaki merasuah pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa di Perak bagi menukar status hak milik.

SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran menyambung reman terhadap lima orang awam yang berperanan sebagai orang tengah berkaitan sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan.
Suspek turut disyaki merasuah pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa di Perak bagi menukar status hak milik.
Perintah reman selama empat hari sehingga 18 September terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.
Ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sivil Ipoh, pagi tadi sebaik sahaja tempoh reman asal terhadap lima suspek tersebut tamat hari ini.
Sebelum ini kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita ditahan reman selama enam hari sejak Rabu lalu.
Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Jangan gadai maruah, masa depan demi kepentingan sementara
The Step · 14 September 2026 pada 03:22 PTG
.jpeg&w=3840&q=75)
Lima tahun menunggu, Policy Paper KWSP Bersasar tembusi pejabat PM
The Step · 14 September 2026 pada 10:47 PG

LBS buka pasar raya Mydin pertama di KITA@Cybersouth
The Step · 14 September 2026 pada 09:17 PG
Berita berkaitan

Jangan gadai maruah, masa depan demi kepentingan sementara
The Step · 14 September 2026 pada 03:22 PTG
Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 01:37 PTG
.jpeg&w=3840&q=75)
Lima tahun menunggu, Policy Paper KWSP Bersasar tembusi pejabat PM
The Step · 14 September 2026 pada 10:47 PG

FAM Trip buka peluang agensi pelancongan ‘jual’ Putrajaya
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 10:02 PG


