The Step - Every Story Moves You

Siasatan UiTM Holdings: SPRM tahan bekas pegawai pengurusan tertinggi, disyaki salah guna kuasa

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang semalam

TS
Oleh The StepPengarang Berita29 September 2026 pada 01:03 PTG1 min bacaanDikemas kini 29 September 2026 pada 09:35 PTG
SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat bernilai kira-kira RM42 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat yang dipercayai suspek mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Penahanan ini adalah susulan siasatan yang dilakukan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Suspek dijangka akan didakwa pada Khamis ini, 1 Oktober 2026.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com