Shuhaily dijangka beri kenyataan hari ini mengenai video tular di KLIA
Rakaman berkenaan memaparkan seorang individu yang dikatakan mirip Mohd Shuhaily

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi berhubung isu video tular
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi menjelaskan isu video tular yang didakwa membabitkannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Shuhaily ketika dihubungi media pada tengah malam tadi memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.
Kenyataan tersebut dijangka memberi penjelasan mengenai video yang tersebar di media sosial termasuk dakwaan kononnya individu yang dirakam dalam video terbabit adalah Mohd Shuhaily.
Rakaman berkenaan memaparkan seorang individu yang dikatakan mirip Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang lelaki sebelum dilihat memegang kepala individu terbabit dengan tindakan yang kelihatan agak keras.
Video itu mencetuskan perhatian pengguna media sosial selepas didakwa berlaku di kawasan KLIA dan membabitkan seorang pegawai kanan AKPS.
Turut tersebar ialah salinan dakwaan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh Mohd Shuhaily.
Bagaimanapun, kesahihan dakwaan serta identiti individu yang berada dalam rakaman berkenaan masih belum dapat disahkan secara bebas setakat ini.
Penjelasan rasmi Mohd Shuhaily hari ini dijangka memberi gambaran lebih jelas mengenai konteks sebenar kejadian dan dakwaan yang tular berkenaan.
AKPS merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap kawalan dan perlindungan sempadan negara, termasuk urusan pemeriksaan keluar masuk individu di pintu masuk antarabangsa.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


