Rosmah terharu ramai sanggup bantu Najib
Rosmah berkata, sokongan berkenaan bukan sahaja datang daripada kenalan di Malaysia

“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga.” - Rosmah Mansor — Facebook: Rosmah Mansor
“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga.”
Itulah luahan Datin Seri Rosmah Mansor yang mengakui benar-benar terharu apabila menerima sokongan daripada rakan dan sahabat yang tampil menyatakan hasrat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi perkongsian di Facebook, Rosmah berkata, sokongan berkenaan bukan sahaja datang daripada kenalan di Malaysia, malah turut diterima daripada rakan-rakan di luar negara termasuk Brunei, Itali, Singapura dan Kanada.
Menurutnya, mereka menghubunginya untuk menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini membabitkan Najib, selain menyatakan hasrat untuk memberikan sumbangan.
“Saya benar-benar terharu. Bukan sahaja sumbangan yang dihulurkan daripada rakan-rakan dan sahabat taulan di sini, tetapi juga dengan rakan-rakan dari luar negara, dari Brunei, Itali, Singapura, dan negara lain, termasuk sejauh Kanada.
“Mereka telah menghubungi saya untuk menyatakan kegembiraan mereka terhadap perkembangan terkini mengenai Datuk sambil menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan.
“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga. Itu sahaja,” katanya.
Rosmah berkata, beliau tidak pernah menyangka begitu ramai masih mengambil berat mengenai keadaan keluarganya dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan.
Katanya, sokongan yang diterima itu juga membuatkan dirinya lebih menghargai siapa sahabat yang sentiasa bersama mereka ketika susah dan senang.
“Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi atas segala doa, kasih sayang dan keikhlasan kalian,” katanya.
Perkongsian itu dibuat ketika Najib berdepan syarat pembayaran RM50 juta berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bagi baki hukuman penjara beliau.
Dalam perkembangan terbaharu, sokongan daripada penyokong Najib turut diterjemahkan menerusi usaha mengumpul dana bagi membantu memenuhi syarat berkenaan.
Bagi Rosmah, apa yang diterima ketika ini bukan sekadar soal bantuan kewangan, sebaliknya menjadi bukti masih ada sahabat dan individu yang tidak melupakan keluarganya ketika berdepan saat sukar.
https://www.facebook.com/share/p/1FfFKVSKpy/
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Zara Zya, Izzue Islam dan MK K-Clique terperangkap dalam cinta, perkahwinan toksik
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 08:24 PTG

Jelajah Farmasi FELDA perkasa kesedaran komuniti mengenai penggunaan ubat selamat
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 05:55 PTG

IVF kali kedua... Isteri Achey akui berdebar, takut dan teruja
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 05:29 PTG

Yasin Sulaiman rakam vokal ‘Yang Tinggal’ dalam hospital… Kolaborasi dengan Malique, Zizi Kirana
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 01:44 PTG
Berita berkaitan

Curi kabel berhampiran masjid, seorang lelaki ditahan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 08:26 PTG

Status tahanan di rumah terhadap Najib: Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi
The Step · 20 September 2026 pada 01:41 PTG

Sebahagian besar aset, akaun bank, hartanah Najib masih tertakluk perintah pembekuan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 12:53 PTG

SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
The Step · 19 September 2026 pada 07:56 PTG

