EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara

JPJ menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi akaun Facebook Along Auto Parts

Deel Anjer24 September 2026 pada 11:29 PGDikemas kini 24 September 2026 pada 11:41 PG
JPJ  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi akaun Facebook Along Auto Parts

JPJ menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi akaun Facebook Along Auto Parts

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi akaun Facebook Along Auto Parts berhubung kononnya jabatan itu mencadangkan supaya golongan Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu.

JPJ dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini berkata, kandungan berjudul ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?’ itu menyerupai berita rasmi dan boleh mengelirukan masyarakat.

(JPJ) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi akaun Facebook Along Auto Parts

Menurut JPJ, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan berkenaan.

“Perbuatan sedemikian boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPJ memaklumkan laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Orang ramai disarankan merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan