Remaja perempuan diselamatkan, dua lelaki ditahan terlibat jenayah eksploitasi seks
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Polis menahan dua lelaki disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi Michat.
POLIS menahan dua lelaki disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi Michat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, ini selepas pihaknya menjalankan siasatan dan risikan ke atas sebuah premis di kawasan Arau, pada pukul 11.15 malam semalam.
Dalam serbuan tersebut jelasnya, polis telah berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," jelasnya dalam kenyataan.
Hamzah memberitahu, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, jika sabit kesalahan.
Malah jelasnya, pelaku juga boleh dihukum dengan hukuman sebat.
"Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan dengan sebatan dan hendaklahkan juga dikenakan denda," katanya.
Pihak polis jelasnya, menasihati orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang dan meminta kerjasama semua menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


