Remaja lelaki maut terjatuh dari balkoni rumah
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

IPD Sungai Buloh.
SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni kediamannya di Kudang, Rawang.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 11.30 malam tadi berhubung kejadian tersebut.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
"Hormati privasi keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan sebarang imej atau maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian ini di mana-mana platform media sosial," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


