The Step - Every Story Moves You

Raja Abdullah ll adakan Lawatan Negara ke Malaysia

Malaysia dan Jordan turut berkongsi komitmen yang sama untuk memelihara keamanan, keadilan, dan memastikan kestabilan yang berkekalan di rantau Asia Barat, khususnya dalam memperjuangkan hak-hak sah rakyat Palestin.

TS
Oleh The StepPengarang Berita11 Oktober 2026 pada 09:49 PG1 min bacaanDikemas kini 12 Oktober 2026 pada 08:57 PG
Raja Abdullah ll

Raja Abdullah ll

RAJA Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Raja Abdullah ll ibn Al Hussein berkenan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia, hari ini, atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Wisma Putra, ini merupakan Lawatan Negara kedua Raja Abdullah II ke Malaysia sejak Mei 2008, dan berlangsung ketika Malaysia dan Jordan meraikan lebih enam dekad hubungan diplomatik yang mula dijalinkan pada 1965.

Jelasnya, baginda akan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Ayman Safadi yang juga Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan serta pegawai-pegawai kanan dari Istana Diraja Hasyimiyah serta Kerajaan Hasyimiah Jordan.

"Semasa lawatan tersebut, Raja Abdullah II akan disambut dengan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, diikuti dengan Majlis Menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong.

"Baginda juga akan diraikan dalam satu Majlis Jamuan Negara dan dijadualkan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya dalam kenyataan.

Malaysia dan Jordan berkongsi hubungan yang rapat yang telah lama terjalin, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Buat masa ini, seramai 1,636 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi di Jordan dan seramai 1,490 pelajar Jordan sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Kedua-dua negara terus menggalakkan kerjasama pendidikan, kolaborasi akademik dan perkongsian kepakaran, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan saintifik.

Selain hubungan antara rakyat yang telah lama terjalin ini, Malaysia dan Jordan turut berkongsi komitmen yang sama untuk memelihara keamanan, keadilan, dan memastikan kestabilan yang berkekalan di rantau Asia Barat, khususnya dalam memperjuangkan hak-hak sah rakyat Palestin.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jordan mencecah RM993.4 juta pada 2025, satu peningkatan sebanyak 15.2 peratus berbanding tahun 2024, dan terus berkembang sebanyak 8.0 peratus lagi kepada RM740.7 juta dari bulan Januari hingga Ogos 2026, berbanding tempoh yang sama pada 2025.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com