Pusat hiburan 'sejenis' warga asing diserbu
Pusat hiburan itu menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan 'sejenis' dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing yang berada di Lembah Klang.

Sebuah pusat hiburan di ibu negara diserbu kerana menawarkan hiburan dan persembahan tarian golongan 'sejenis'. — Jabatan Imigresen.
EMPAT lelaki warga asing ditahan dalam Operasi Khas dijalankan Jabatan Imigresen (Imigresen) di sebuah pusat hiburan yang menawarkan persembahan tarian melibatkan golongan ‘sejenis’ di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, daripada empat yang ditahan itu, tiga merupakan lelaki warga China manakala seorang warga Filipina.
Menurutnya, pusat hiburan itu menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan 'sejenis' dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing yang berada di Lembah Klang.
"Bayaran yang dikenakan bermula dari RM53 hingga RM700 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan.
"Pusat hiburan ini dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu," jelasnya dalam kenyataan.
Zakaria memberitahu, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama sebulan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi pusat hiburan berkenaan dan kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 21 hingga 31 tahun.
Jelasnya, semakan awal mendapati, kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
"Kesemua warga asing ditahan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
"Seramai tiga lelaki warga tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
"Jabatan ini akan terus komited dan bekerjasama dengan agensi lain bagi melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 02:43 PTG

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG


