The Step - Every Story Moves You

Presiden Mesir mulakan Lawatan Negara ke Malaysia hari ini

Lawatan Negara ini merupakan lawatan sulung Presiden Al Sisi ke Malaysia sejak menjadi Presiden Mesir pada Jun 2014.

TS
Oleh The StepPengarang Berita9 Oktober 2026 pada 10:27 PG1 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 06:15 PTG
Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi.

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi.

PRESIDEN Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Wisma Putra, Lawatan Negara ini merupakan lawatan sulung Presiden Al Sisi ke Malaysia sejak menjadi Presiden Mesir pada Jun 2014.

Jelasnya, beliau akan akan diiringi oleh menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Mesir.

"Malaysia dan Republik Arab Mesir telah menjalin hubungan diplomatik sejak tahun 1959.

"Kedua-dua negara terus mengekalkan hubungan yang mesra dan akrab menerusi kerjasama yang kukuh di platform dua hala serta pelbagai hala," jelasnya.

Jelas Wisma Putra, Lawatan Negara ini dijangka memperkukuh perkongsian yang telah lama terjalin dan kian berkembang antara kedua-dua negara menerusi peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik.

Semasa lawatan tersebut katanya, Presiden Al Sisi akan diberikan Majlis Sambutan Negara, diikuti dengan Majlis Menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

"Yang di-Pertuan Agong turut berkenan untuk menghoskan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Al Sisi dan delegasi beliau.

"Presiden Al Sisi turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai kemajuan kerjasama dua hala, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

"Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir," katanya.

Pada 2025, Mesir merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Afrika.

Jumlah dagangan Malaysia dengan Mesir direkodkan pada RM3.08 bilion (AS$0.72 bilion), dengan nilai eksport Malaysia ke Mesir sebanyak RM2.55 bilion (AS$0.60 bilion) dan nilai import berjumlah RM0.53 bilion (AS$0.12 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, jumlah dagangan antara kedua-dua buah negara mencatatkan nilai sebanyak RM3.49 bilion (AS$0.87 bilion).

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com