Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
Kerja pemasangan penghadang keselamatan platform itu bermula pada 1 Ogos lalu

LANGKAH memperkukuh keselamatan penumpang di rangkaian LRT diteruskan apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mula memasang penghadang keselamatan platform di stesen-stesen Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling.
Kerja pemasangan penghadang keselamatan platform itu bermula pada 1 Ogos lalu, dengan Stesen Putra Heights dipilih sebagai lokasi pertama bagi projek berkenaan.
Setakat ini, kerja-kerja pemasangan di Stesen Putra Heights telah mencapai 85 peratus dan dijangka menjadi rujukan bagi pelaksanaan pemasangan di stesen-stesen lain secara berperingkat.
Sebagai stesen pertukaran bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling, Stesen Putra Heights dipilih sebagai lokasi permulaan bagi membolehkan reka bentuk, kaedah pemasangan serta aspek operasi diuji dan diperhalusi sebelum pelaksanaan diperluaskan ke stesen lain.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Strategi dan Pembangunan) merangkap Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr Prodyut Dutt berkata, pemasangan penghadang keselamatan platform itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memperkukuh tahap keselamatan serta meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang.
Menurut beliau, langkah berkenaan adalah antara usaha yang diambil Rapid KL bagi mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat kepada pengguna.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG



