Polis tumpaskan sindiket calling centre, 74 warga asing diberkas
Premis-premis berkenaan katanya, dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa aktiviti jenayah dalam talian seperti menjalankan aktiviti mempromosikan perjudian dalam talian, menjalankan aktiviti love scam, penipuan pelaburan tidak wujud selain menjadi tempat penginapan operator calling centre.


M Kumar JSJ Bukit Aman
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket calling centre yang menjalankan dan mempromosikan aktiviti perjudian serta kegiatan penipuan dalam talian dalam serbuan di lapan premis di sekitar ibu negara, semalam.
Dalam serbuan Op Dadu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, seramai 74 warga asing ditahan dengan pelbagai perkakasan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti itu dirampas.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, serbuan dilaksanakan bersama JSJ Komersial Bukit Aman dengan sasaran premis kediaman yang dijadikan pusat calling centre oleh sindiket warga asing terbabit.
Premis-premis berkenaan katanya, dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa aktiviti jenayah dalam talian seperti menjalankan aktiviti mempromosikan perjudian dalam talian, menjalankan aktiviti love scam, penipuan pelaburan tidak wujud selain menjadi tempat penginapan operator calling centre.
"Seramai 74 warga asing terdiri daripada 67 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun ditahan. Ia termasuk 61 warga China, 12 dari Vietnam dan seorang warga Taiwan berdasarkan semakan awal dokumen pengenalan diri yang dirampas," jelasnya.
Menurut beliau, antara perkakasan yang dirampas, dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti haram tersebut adalah set komputer, komputer riba, modem dan telefon bimbit pelbagai jenama.
Selain itu katanya, pasukan serbuan merampas paket plastik lutsinar mengandungi lima biji pil berwarna kemerahan disyaki jenis 'yaba' dan syabu.
"Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"PDRM sentiasa komited dalam membanteras aktiviti perjudian kerana jenayah ini membawa impak negatif yang signifikan kepada kestabilan ekonomi negara dan keruntuhan sosial," katanya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


