The Step - Every Story Moves You

Polis tahan murid bakar mercun dalam sekolah, terpengaruh insiden keganasan

Siasatan awal mendapati pelajar berkenaan dipercayai terpengaruh dengan kandungan berkaitan insiden keganasan yang ditonton melalui media sosial dan internet.

TS
Oleh The StepPengarang Berita30 September 2026 pada 12:53 PTG2 min bacaanDikemas kini 30 September 2026 pada 01:16 PTG
Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz

Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz

SEORANG murid lelaki berusia 12 tahun direman empat hari sehingga 3 Oktober ini bagi membantu siasatan selepas bertindak membawa dan membakar mercun di sebuah sekolah rendah di Muar, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung satu kejadian melibatkan murid berkenaan yang dipercayai membawa bahan letupan jenis mercun ke sekolah tersebut.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 11 pagi dan melibatkan penggunaan mercun di dalam kawasan sekolah sehingga menyebabkan pelajar tersebut mengalami kecederaan serta mencetuskan suasana panik warga sekolah.

"Pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan murid-murid berkumpul di kawasan selamat sebelum mendapatkan bantuan polis.

"Pelajar terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk mendapatkan rawatan," jelasnya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, hasil pemeriksaan perubatan mendapati murid berkenaan mengalami kecederaan melecur pada bebberapa bahagian badan dan diberikan rawatan.

Jelasnya, penilaian awal oleh pihak psikiatri turut dijalankan sebelum pelajar itu dibenarkan meneruskan rawatan sebagai pesakit luar.

"Polis turut menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian melalui Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan pemeriksaan forensik oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

"Tiada ancaman bahan letupan lain dikesan di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Katanya, hasil siasatan awal membawa kepada penahanan murid tersebut bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, pihak polis turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan kediaman murid serta merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian untuk tujuan siasatan dan analisis lanjut.

"Seramai enam saksi telah tampil dan memberikan keterangan berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati pelajar berkenaan dipercayai terpengaruh dengan kandungan berkaitan insiden keganasan yang ditonton melalui media sosial dan internet.

"Walau bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti keseluruhan faktor yang mendorong kejadian tersebut," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan selain Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com