Polis kesan dua lelaki umpil tabung surau
Siasatan awal melalui rakaman CCTV mendapati dua individu lelaki yang tidak dikenali telah memasuki surau tersebut sekitar pukul 2.30 pagi semalam melalui pintu pagar utama.

Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan salah seorang suspek mengumpil tabung surau. — Media sosial.
POLIS sedang giat menjalankan siasatan terperinci serta mengesan dua lelaki yang disyaki mengumpil tabung di sebuah surau di Seksyen 16, Shah Alam.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan kes tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima satu laporan pada pukul 5.25 petang semalam daripada seorang ahli jawatankuasa surau itu berhubung kejadian terbabit.
"Siasatan awal melalui rakaman CCTV mendapati dua individu lelaki yang tidak dikenali telah memasuki surau tersebut sekitar pukul 2.30 pagi semalam melalui pintu pagar utama.
"Kedua-duanya dikesan mengumpil dua buah tabung yang diletakkan pada pintu masuk hadapan surau," jelasnya dalam kenyataan.
Menurutnya, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan setakat ini kerana merupakan hasil sumbangan orang ramai yang datang ke surau tersebut.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci dan usaha mengenal pasti serta mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Mohd Fazril Hamid di talian 012-6476747 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG


