EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek

Beliau memberitahu, pihak syarikat telah mengalami kerugian anggaran lebih kurang RM15,000.

The Step16 September 2026 pada 04:58 PTGDikemas kini 16 September 2026 pada 05:00 PTG
Tangkap layar daripada rakaman video mengenai kejadian curi kabel di Jalan Jelatek.

Tangkap layar daripada rakaman video mengenai kejadian curi kabel di Jalan Jelatek.Media sosial.

PIHAK polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kes kecurian kabel di Jalan Jelatek, Dato' Keramat susulan video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, ini selepas pihaknya menerima aduan pada petang semalam oleh pengadu yang menerima rakaman video berkenaan.

"Dalam rakaman video tersebut telah terakam beberapa individu menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda warna putih dan sebuah kenderaan Toyota Herrier warna putih, nombor pendaftaran tidak pasti, sedang menarik kabel milik TM Tech Sdn. Bhd. (TM Tech)," jelasnya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, pihak syarikat telah mengalami kerugian anggaran lebih kurang RM15,000.

"Pengadu buat laporan polis untuk tindakan lanjut dan sebagai rujukan pihak syarikat," katanya.

Beliau menambah, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 379, 431A, 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, Seksyen 431A Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya.

"Seksyen 379 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

"Seksyen 124K Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai empat puluh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya," katanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula jelasnya, jika disabitkan kesalahan boleh di penjara tidak melebihi satu tahun, atau dengan denda maksimun RM50,000 atau kedua-duanya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan