Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid lintas jalan
Dalam kejadian tersebut dua murid terbabit, masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan susulan.

Tangkap layar kejadian dua murid perempuan dilanggar motosikal di depan sebuah sekolah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. — Media sosial.
POLIS sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal yang didakwa melanggar dua murid perempuan yang sedang melintas jalan di depan sebauh sekolah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.20 pagi ketika kedua-dua murid berkenaan sedang melintas di lintasan penjalan kaki sebelum dilanggar motosikal yang ditunggal individu belum dikenal pasti.
"Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal serta mendapatkan gambaran sebenar kejadian," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dalam kejadian tersebut dua murid terbabit, masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan susulan.
Kes katanya, diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

PN dakwa ada unsur niat tidak baik, tindakan RoS berlaku ketika DUN Melaka dibubarkan
The Step · 24 September 2026 pada 10:47 PG

RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel naik 15 sen seliter
The Step · 23 September 2026 pada 08:45 PTG
Berita berkaitan

RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel naik 15 sen seliter
The Step · 23 September 2026 pada 08:45 PTG

Mak Kepit jaga telur penyu, tidak perlu dipungut
Deel Anjer · 23 September 2026 pada 10:06 PG
.jpeg&w=3840&q=75)
652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta
Metra Syahril Mohamed · 23 September 2026 pada 09:36 PG



