The Step - Every Story Moves You

Permintaan maksimum elektrik pusat data capai 8,391 MW menjelang 2030

Unjuran permintaan air bagi kegunaan pusat data sehingga tahun 2030 di Selangor dan Johor adalah 389.04 Juta Liter Sehari (JLH).

TS
Oleh The StepPengarang Berita20 Oktober 2026 pada 08:50 PG2 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 08:52 PG
Johor dan Selangor merupakan lokasi tumpuan utama pembangunan pusat data.

Johor dan Selangor merupakan lokasi tumpuan utama pembangunan pusat data.

JUMLAH permintaan maksimum elektrik bagi industri pusat data di Semenanjung dijangka mencapai 8,391 Megawatt (MW) menjelang 2030.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berdasarkan unjuran perancangan bekalan elektrik semasa.

Menurut PETRA, daripada jumlah tersebut, Johor dijangka merekodkan permintaan maksimum elektrik sebanyak 4,428MW, manakala Selangor sebanyak 1,481MW.

"Kedua-dua negeri ini merupakan lokasi tumpuan utama pembangunan pusat data dan pastinya memerlukan perancangan infrastruktur bekalan elektrik yang bersesuaian dengan pertumbuhan beban yang dijangkakan," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

PETRA menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai unjuran penggunaan elektrik dan air oleh industri pusat data di Malaysia sehingga 2030 khususnya di Johor dan Selangor serta jumlah pusat data yang telah siap dibina.

Kementerian itu memberitahu, dari segi status pembangunan, sehingga Ogos lalu, sebanyak 45 pusat data telah siap dibina di Semenanjung yang melibatkan kapasiti bekalan elektrik sebanyak 6,041 MW.

Kapasiti tersebut jelasnya, merujuk kepada kapasiti bekalan elektrik yang disediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Grid Nasional bagi menyokong pengoperasian pusat data berkenaan.

Katanya, bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik serta memastikan kos dan permintaan elektrik daripada industri pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik dan industri sedia ada, kerajaan melaksanakan beberapa langkah kawal selia dan strategi berstruktur iaitu:

a. Menggalakkan pengendali pusat data menyediakan penjanaan sendiri (self-generation/self-procurement) serta memanfaatkan backup generator melalui mekanisme pengurusan permintaan (demand management) khususnya ketika permintaan puncak dan rizab operasi sistem rendah;

b. Mengenakan tarif Voltan Tinggi Ultra (UHV) mulai 1 Julai 2025 bagi pusat data yang menerima bekalan pada tahap Voltan Tinggi dan Voltan Amat Tinggi supaya kos pelaburan infrastruktur dapat dipulihkan secara lebih saksama tanpa membebankan pengguna domestik;

c. Meningkatkan Connected Load Charge (CLC) bagi memastikan kapasiti elektrik yang dipohon pusat data digunakan secara optimum dan mengelakkan berlakunya kapasiti terbiar (stranded capacity); dan

d. Menetapkan penggunaan sekurang-kurangnya 30 peratus tenaga boleh baharu (TBB) bagi pusat data melalui penyertaan dalam Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Solar for Self-Consumption (SELCO).

"Unjuran permintaan air bagi kegunaan pusat data sehingga tahun 2030 di Selangor dan Johor adalah 389.04 Juta Liter Sehari (JLH).

"Walau bagaimanapun, pada masa ini jumlah penggunaan air sebenar oleh pusat data yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebanyak 63.90 JLH," katanya.

PETRA menambah, berdasarkan bilangan pusat data yang beroperasi setakat Jun 2026 di kedua-dua negeri tersebut, jumlah pusat data yang telah siap dibina dan beroperasi adalah sebanyak 45 buah, merangkumi 27 di Selangor dan 18 di Johor.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com